Search

News Detail

Berkhatan Besar Manfaat, Dr Nurhashim Haron, Consultant General Surgeon KPJ Tawakkal







Prosedur berkhatan secara tradisional sering menjadi bahan pendebatan dalam dunia perubatan.Antara isu berbangkit termasuk risiko jangkitan, kesakitan dan hasil kosmetik yang yang tidak begitu memberangsangkan.Kajian-kajian turut membuktikan keadaan persekitaran berkhatan yang tidak bersih dan standard prosedur yang lemah akan mendedahkan pesakit kepada pelbagai jenis jangkitan.Kesedaran mengenai berkhatan sudah berkembang dalam kalangan bukan islam yang melakukan khatan secara sukarela kerana faedah kesihatan yang banyak.Menurut Pakar Bedah Am Hospital Pakar KPJ Tawakkal Dr Nurhashim Haron bekhatan ialah memotong kulit di hujung kemaluan lelaki yang biasanya dipanggil kulup (foreskin)."Kulup meliputi kepala zakar (glan penis) dan biasanya akan melekat antara satu sama lain dan susah dipisahkan.Ia akan lebih mudah dipisahkan apabila kanak-kanak itu meningkat umur remaja,".Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan.Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibakan buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.

Kebaikan berkhatan:

  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing
  • Perlindungan terhadap kanser zakar
  • Mengurangkan risiko pangkal rahim pada pasangan wanita
  • Mencegah 'phimosis' iaitu kulit yang ketat (buta) yang tidak boleh ditarik ke belakang untuk mengeluarkan kepala zakar
  • Mencegah 'paraphimosis' iaitu kulit kulup yang ketat dan tidak dapat dikembalikan kepada kedudukan asal, ianya menjerut di bahagian pangkal kepala zakar dan ianya sangat sakit
  • Mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin dikalangan lelaki
  • Mencegah penyakit 'balanoposthitis' iaitu keradangan pada kepala zakar dan kulit kulup
Teknik berkhatan:
  • Klamp Kuno
  • Konvensional 'donsalslit'
  • 'Laser' atau Kauteri Elektrik
  • 'Clamp' Moden

Contact KPJ Tawakkal Specialist Hospital Call: 603 - 4026 7777 Email: tawakkal@kpjtawakkal.com