Search

News Detail

Rotavirus Ancam Bayi & Kanak-Kanak, Dr B Kishore Paediatrics KPJ Tawakkal






Menurut Dr B Kishore ciri-ciri pesakit yang dijangkiti Rotavirus ialah cirit-birit, muntah dan demam.Dalam konteks ini, orang ramai sering terkeliru antara Rotavirus dengan demam atau cirit biasa.Beliau menjelaskan, sindrom jangkitan Rotavirus boleh bertahan lebih lama.Sindrom ini boleh berkekalan sehingga sembilan hari malahan sindrom cirit-birit yang dialami boleh berterusan sehingga tiga minggu lamanya.Apa yang lebih membimbangkan ialah kanak-kanak mungkin mengalami cirit-birit sehingga 20 kali sehari."Rotavirus" menyebabkan masalah kekurangan air dalam badan yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak terbabit.Mereka yang dijangkiti akan menjadi lesu, kulit sejuk dan kering, tiada air mata ketika menangis, mulut yang kering, mata menjadi cengkung dan rasa haus yang melampau".

Contact KPJ Tawakkal Specialist Hospital Call: 603 - 4026 7777 Email: tawakkal@kpjtawakkal.com