Search

News Detail

Susu Ibu Tiada Tandingan




Tidak ramai ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu.Pelbagai alasan yang diberi seperti takut gemuk dan khuatir bentuk payudara jatuh.Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali.
Ramai ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi.Soal malu ditolak tepi.Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi.Kandungan nutrien dalam susu ibu mencukupi untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga enam bulan.Penyusuan susu ibu selama enam bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu.

Contact KPJ Tawakkal Specialist Hospital Call: 603 - 4026 7777 Email: tawakkal@kpjtawakkal.com