News Detail

Makan Sedikit tetapi kerap, Clinical Dietitian KPJ Tawakkal





Gelaran rangka berjalan, tidak cukup zat atau kurus keding pasti menjadi kebiasaan terhadap mereka yang mengalami masalah badan terlalu kurus seperti kegemukan, mereka yang berdepan masalah terlalu kurus juga tidak terlepas daripada isu keyakinan yang menghantui diri.Memiliki badan terlalu kurus membuatkan segelintir daripada mereka berasa diri serba kekurangan, bahkan tidak sedikit yang rasa rendah diri hingga ramai yang sanggup berusaha dengan pelbagai cara untuk menambah berat badan sesuai yang diidamkan termasuk menggunakan ubat penggemuk badan yang belum tentu terjamin keselamatannya.Menurut pakar pemakanan Hospital KPJ Tawakkal, Gan Yian Kee dan Iris Mok, kurang berat badan diklasifikasi melalui indeks jisim tubuh (BMI) yang digunakan untuk menunjukkan sama ada berat badan seseorang itu seimbang dengan ketinggiannya BMI yang normal antara 18.5 hingga 24.9.JIka BMI kurang daripada 18.5 bemaksud seseorang itu dikategorikan sebagai kurang berat badan.Kekurangan berat badan boleh boleh disebabkan pelbagai faktor sama ada faktor psikologi atau faktor fisiologi.Keturunan atau genetik didapati salah satu faktor masalah kekurangan berat badan .Seseorang dengan 'Lean Gene' akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi.

 

Contact KPJ Tawakkal Specialist Hospital Call: 603 - 4026 7777 Email: tawakkal@kpjtawakkal.com